GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK 28 MAC 2023

28 Mac 2023, Dapur Masjid Al-Mursyidin : Gotong Royong Memasak bubur lambuk telah dilaksanakan dengan melibatkan Pusat Tanggungjawab yang dijadualkan oleh Unit Takmir Masjid dan Bimbingan sepanjang bulan Ramadan.

Program ini akan berlangsung setiap hari selasa dan khamis bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari. Sebanyak 800 pek bubur lambuk telah diedarkan pada jam 3.00 petang di Kampus Sultan Azlan Shah dan Kampus Abdul Jalil Shah.

Program ini bertujuan mengeratkan ukhuwah dikalangan kakitangan disamping merebut peluang melipat gandakan amalan di Bulan Ramadan yang mulia ini. Semoga warga UPSI mendapat manfaat daripada program ini.

Pusat Islam UPSI masih mengalu-alukan sumbangan untuk Program Berbuka Puasa Harian dan Sumbangan Ihya’ Ramadan bagi memastikan segala program yang dirancang berjalan dengan jayanya.

Read more: GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR LAMBUK 28 MAC 2023