50 PESERTA KURSUS TAJWID TERIMA SIJIL PENYERTAAN

Tanjong Malim : Kursus Intensif tajwid telah sampai ke penghujung siri yang terakhir iaitu siri ke-4 yang bertempat di Bilik Seminar Pusat Islam, anjuran Pusat Islam UPSI di bawah unit takmir masjid dan bimbingan. Kursus ini bermula dari siri pertama pada 16 Februari 2023, siri kedua pada 13 April 2023, dan Siri ketiga pada 18 Mei 2023.

Setiap peserta telah didedahkan dengan modul yang disediakan khusus oleh Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan antaranya Modul Makhraj Sifat Idgham, Nun Sukun Mim Sukun, Mad dan hukum ro lam dan khusus. Kursus ini turut merangkumi sesi praktikal yang dikendalikan oleh Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan pada sesi petang setiap kali siri kursus ini berlangsung.

Penutup kursus ini diakhiri dengan penyampaian sijil oleh Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan diiringi oleh Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Rahman selaku Pengarah Pusat Islam UPSI. Semoga kursus ini memberi manfaat buat seluruh warga UPSI dan penduduk sekitar muallim dalam mendalami ilmu Al-Quran untuk diri, keluarga dan masyarakat. Pusat Islam UPSI merancang akan melaksanakan Kursus Asas taranum pada tahun hadapan bagi peserta yang telah mahir membaca Al-Quran khususnya buat para imam dan bilal seluruh daerah muallim bagi memperbaiki bacaan semasa bertugas di masjid kariah masing-masing.