108 PESERTA KURSUS PENGURUSAN JENAZAH LELAKI DAN WANITA

17 Jun 2023, Masjid Al-Mursyidin dan Bilik Seminar Pusat Islam UPSI : Pelaksanaan Kursus Pengurusan Jenazah telah berjaya dianjurkan oleh Pusat Islam UPSI dengan kerjasama Persatuan Pelajar terdiri daripada Persatuan Pendidikan Islam, Rakan Siswa Yadim dan Kelab Al-Mursyidin. Keseluruhan peserta yang terlibat seramai 108 Orang Peserta yang hadir bermula jam 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.

Kursus ini turut memberi pendedahan secara teori dan praktikal secara berkumpulan melibatkan ilmu ‘Tajhiz Mayyit’ yang disampaikan oleh Penceramah bertauliah Jabatan Agama Islam Selangor, Ustaz Ahmad Yazuli bin Rosli bagi peserta lelaki manakala Ustazah Saniah binti Che Man bagi peserta wanita.

Pelbagai tips dan kaedah yang turut diterangkan antaranya melibatkan tindakan menghadapi orang yang nazak dan tindakan awal terhadap jenazah ketika berlaku kematian. Selain itu, hukum dan dalil secara khusus berkaitan memandikan, mengkafankan, memandikan dan mengebumikan jenazah serta adab-adab berkaitan menziarahi jenazah.

Semoga program ini memberi impak yang positif dalam menjadikan mahasiswa mahasiswi UPSI lebih cakna keperluan menguruskan jenazah sekaligus memberikan penghormatan terakhir khususnya melibatkan ahli keluarga terdekat atau kedua ibu bapa kita.