100 PESERTA TERLIBAT AMALI PENYEMBELIHAN KORBAN DAN AQIQAH

31 Mei 2023, Amali Penyembelihan Korban dan Aqiqah anjuran Pusat Islam UPSI dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Islam dibawah Fakulti Sains Kemanusiaan telah dilaksanakan pada hari ini.

Amali ini melibatkan sesi praktikal dan taklimat secara teori oleh Ustaz Azrul Hisyam bin Abdul Rahim, Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Perak.

Program ini bermula seawal jam 9.00 pagi melibatkan sesi praktikal terlebih dahulu di perkarangan Masjid Al-Mursyidin melibatkan seramai 100 orang peserta. Sesi teori diteruskan di Bilik Seminar bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan hukum sembelihan.

Amali sembelihan ini berakhir dengan jamuan makan tengahari yang diadakan selepas solat fardu zohor berjemaah. Semoga program kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi pendidik yang sentiasa bersedia dengan kemahiran sembelihan khusus bagi melaksanakan Ibadah Korban dan Aqiqah.