KURSUS PRA-PERKAHWINAN DISERTAI 145 PESERTA WARGA UPSI

10-11 Jun 2023, Dewan Kuliah Pusat 14 (DKP-14) telah diadakan Kursus Pra-Perkahwinan anjuran Pusat Islam UPSI dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Seramai 145 Peserta Kursus telah mendaftar dalam kursus Pra-Perkahwinan yang terdiri daripada kakitangan dan Pelajar UPSI. Para Peserta juga diwajibkan menghadirkan diri selama 2 hari sepanjang kursus diadakan bagi melengkapkan syarat
yang ditetapkan.
Pelbagai pendedahan dan modul berkaitan ilmu rumahtangga telah disampaikan oleh penceramah yang mendapat lantikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor. Antara perkara utama yang ditekankan adalah berkaitan komunikasi antara suami isteri, pengurusan kewangan, kesihatan, dan juga prosedur berkaitan yang melibatkan urusan daftar nikah.

Selain itu, para peserta juga turut didedahkan dengan realiti isu semasa berkaitan rumahtangga yang perlu diambil iktibar agar mahligai impian yang ingin dibina kekal hingga ke syurga disamping dapat memilih pasangan yang sekufu dengan kita.

Kursus Pra-perkahwinan ini berakhir dengan sesi bergambar dan juga penyerahan sijil perkahwinan kepada semua peserta. Para peserta juga turut diingatkan untuk menyemak ejaan nama dan nombor kad pengenalan bagi mengelakkan masalah urusan daftar nikah sekiranya ada kesilapan.