CERAMAH AWAL RAMADAN 1444H/2023

16 Mac 2023, Masjid Al-Mursyidin : Ceramah Awal Ramadan bagi tahun 1444H/2023 telah dilaksanakan dengan menampilkan jemputan khas Timbalan Mufti Pahang, Sahibul Fadhilah Dato’ Haji Badli Shah bin Haji Alauddin dengan tajuk Ramadan : Anugerah terindah.

Program ini merupakan sasaran program Unit takmir Masjid dan bimbingan dibawah Sambutan Hari kebesaran Islam bersempena ambang ramadan yang bermula 23 Mac 2023 hingga 21 April 2023. Program ini dihadiri oleh seluruh warga UPSI dan turut dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai agensi luar sekitar daerah Muallim.

Sesi ceramah Awal Ramadan ini berakhir dengan sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah dan sumbangan berbuka Puasa Harian terdiri daripada WEZAS, PEKA, PRETASI, KPA, PEWARIS, KAHS, Kelab JHEPA yang diterima oleh Pengarah Pusat Islam UPSI, Ustaz Muhammad Tarmizi bin Abdul Rahman.