PERBINCANGAN BERSAMA KETUA JABATAN PENGAJIAN ISLAM, FSK

15 Mac 2022, Perbincangan Bersama Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Islam,

Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI, Profesor Madya Dr. Mohamad Marzuqi bin Abdul Rahim berkaitan jalinan Kerjasama Program Tahfiz Al-Quran wal Qiraat.

Tujuan utama perbincangan adalah berkaitan penggunaan Masjid Al-Mursyidin dan Surau An-Nur untuk dimanfaatkan bagi sesi tasmi’ (hafazan) pelajar Program Tahfiz Al-Quran wal Qiraat.

Selain itu, pengimarahan program sepanjang bulan Ramadhan di Surau An-Nur dan Masjid Al-Mursyidin turut dibincangkan untuk melibatkan pelajar tahfiz sebagai lantikan imam tarawih sekaligus menggalakkan mereka turut aktif dalam program yang dilaksanakan oleh fakulti dan Pusat Islam.

Semoga perbincangan ini dapat mencapai objektif yang diharapkan untuk manfaat mahasiswa dan mahasiswi Program Tahfiz Al-Quran wal Qiraat selaras dengan hasrat Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi mencapai kecemerlangan di persada antarabangsa.