LAWATAN MAHABBAH PUSAT ISLAM UPM KE PUSAT ISLAM UPSI

10 Mac 2022 : Pusat Islam UPSI telah menerima kunjungan Lawatan Mahabbah

dari Pusat Islam UPM yang diketuai oleh Pegawai Tadbir, En. Mohamad Alif Murshid bin Husry yang telah diadakan di Bilik Seminar Pusat Islam UPSI.

Tujuan utama kunjungan mahabbah ingin mendapatkan maklumat berkaitan pengurusan teknologi Maklumat dan pengurusan Masjid Al-Mursyidin disamping mengeratkan ukhwah diantara Pusat Islam IPTA.

Turut dikongsi dalam lawatan berkaitan beberapa penilaian dan kaedah Penarafan lima bintang Masjid Bestari Negeri Perak serta beberapa peralatan utama yang digunakan dalam Studio Pusat Islam UPSI bagi pelaksanaan Program Online yang boleh diimplimentasikan di Pusat Islam UPM.

Semoga Lawatan Mahabbah ini memberi manfaat untuk usaha dakwah yang dilaksanakan buat Warga Universiti samada di Pusat Islam UPSI dan Pusat Islam UPM.