CERAMAH ISRAK MIKRAJ PERINGKAT UPSI

01 Mac 2022, Selasa : Bersempena dengan Peristiwa Israk Mikraj

bagi tahun 1443H, Pusat Islam UPSI mengadakan Ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi yang merupakan Motivator dan juga penulis buku Best Seller Mukmin Professional.

Mukaddimah yang disampaikan oleh Ustaz Pahrol adalah berkaitan perbezaan diantara hijrah dan Israk Mikraj. Perkongsian santai menjadi pendekatan utama yang membuatkan audiens selesa mendengar serta mendapat sambutan yang menggalakkan.

5 hikmah utama yang turut dikongsikan berdasarkan peristiwa Israk Mikraj antaranya Sifat Rendah diri, tahun berduka cita, Hati yang bersih mampu kuasai teknologi canggih, Hentian Rehat dan Rawat untuk ketenangan serta hikmah yang terakhir adalah dikurniakan solat. Semua hikmah ini boleh dirujuk penjelasan dengan lebih terperinci dalam video siaran langsung di facebook Pusat Islam UPSI.

Semoga program yang bermanfaat seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Titipan terakhir oleh Ustaz Pahrol kepada Pusat Islam UPSI untuk melaksanakan Kursus Tahsin Solat bagi Seluruh Warga UPSI agar ibadah solat diperbaiki dari masa ke semasa dengan melakukan mengikut kaedah yang betul dan diterima disisi Allah SWT.