FIQH NISA’ SIRI 1/2022

15 Februari 2022, Program Fiqh Nisa’ Siri 1 bagi tahun 2022 telah dilaksanakan dengan menjemput Ustazah Nur Aqidah binti Mawardi

yang merupakan Pendakwah Muslimah TV Al-Hijrah. Tajuk yang dibincangkan adalah “Wahai Wanita Kenali Mahrammu” tajuk yang sangat bermanfaat untuk dikongsikan bersama dengan mengenali siapa mahram kita sebenarnya

Selain itu,kekeliruan bagi maksud sebenar Mahram turut dijelaskan iaitu orang yang haram untuk dinikahi selama-lamanya kerana sebab nasab, persusuan dan pernikahan. Susur galur perkahwinan yang menjadi perkaitan untuk mengenali mahram turut difokuskan supaya warga UPSI lebih mengenali had keterbatasan aurat yang sering kita abaikan sesama ahli keluarga kita walaupun ianya kelihatan mudah.

Program ini turut disiarkan secara langsung di facebook Pusat Islam dan penyertaan secara google meet untuk peserta bertanya secara terus kepada penceramah jemputan. Program ini mendapat sambutan yang amat baik berikutan permulaan tahun dan juga memberikan pencerahan untuk kita membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa.