BICARA MUFTI SIRI 1/2021

12 Oktober 2021, Bicara Mufti Siri 1/2021 buat pertama kalinya diadakan secara langsung bersama Yang Berbahagia Dato’ Ustaz Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Program ini bertujuan memberi ruang kepada masyarakat khusus warga UPSI untuk mendapatkan info terkini tentang fatwa semasa dan menjelaskan beberapa kekeliruan yang sering berlegar di media sosial.

Tajuk Perbincangan yang dipilih adalah berkaitan Pandemik COVID-19 : Isu, ketetapan kaedah hukum fiqh dan ijtihad termasuk pengambilan Vaksin. Program ini mendapat sambutan dikalangan seluruh warga Universiti yang ingin bertanya secara langsung kepada Dato’ Ustaz Haji Zamri bin Hashim, Timbalan Mufti Negeri Perak.

Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memberi manfaat kepada ummah sekaligus memastikan dakwah sampai ke semua peringkat.