SENTUHAN QALBU SIRI 2 OLEH HABIB ALI

29 September 2021, Sentuhan Qalbu seperti yang disarankan oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Dato’ Dr. Md. Amin bin Md. Taff dalam apresiasi Naib Canselor telah dilaksanakan oleh Pusat Islam UPSI.

Jemputan yang dipilih bukan asing dikalangan warga UPSI dan seluruh masyarakat awam iaitu Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid merupakan Pengerusi Yayasan Ar-Ri’ayah.

Qalbun salim menjadi tajuk pilihan yang dibincangkan kerana hati merupakan anggota utama bagi setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang mukallaf.

Semoga seluruh warga UPSI dapat manfaat dari program sentuhan Qalbu dan Pusat Islam UPSI dapat melaksanakan penambahbaikan program pada masa akan datang.