Ceramah Sambutan Awal Muharram 1442H

18 Ogos 2020, Selasa : Sambutan Awal Muharram 1442H Peringkat Universiti

Pendidikan Sultan Idris telah dianjurkan dengan jayanya oleh Pusat Islam UPSI. Program ini mendapat sambutan yang memuaskan berikutan jemputan Penceramah selebriti yang terkenal berjaya menarik minat peserta. Program ini disampaikan oleh Ustaz Syamsul Debat yang tidak asing lagi dikalangan Masyarakat Malaysia. Tajuk yang dikupas khusus berkaitan Hala Tuju Ummah.

Perkongsian ini mendapat perhatian penuh peserta kerana penyampaian lebih santai disamping memberi kefahaman sebenar berkaitan hijrah. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada akan datang dan momentum Pusat Islam terus kuat serta kekal istiqamah sepanjang masa.