Perbincangan Awal Program Umrah & Ziarah bersama Persatuan Kakitangan UPSI

17 Julai 2020, Bilik Mesyuarat Pusat Islam UPSI : Pelaksanaan Program Umrah dan Ziarah telah mencapai persetujuan melalui perbincangan awal yang diadakan  bersama Persatuan Kakitangan UPSI (PEKA, PRESTASI, PEWARIS, KPA).  Program ini akan dilaksanakan menggunakan inisiatif skim potongan gaji kepada kakitangan yang berminat untuk menyertainya. Diharapkan perancangan ini dipermudahkan dan mendapat sokongan dari pelbagai pihak. Nantikan hebahan dan makluman terkini selepas ini dari Pusat Islam UPSI.