Lawatan dan Kunjungan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI ke Pusat Islam UPSI

10 Julai 2020, Bilik Mesyuarat Pusat Islam UPSI : Coretan Lensa sekitar lawatan dan kunjungan anggota Majlis Perwakilan Pelajar UPSI ke Pusat Islam disambut mesra oleh Ust. Muhamad Tarmizi bin Abdul Rahman, Pengarah Pusat Islam. , Pertemuan dua hala ini menjurus kepada perbincangan ruang –ruang bantuan yang boleh disalurkan bagi kebajikan pelajar khususnya Bantuan Tabung Amanah Zakat UPSI dalam situasi Norma Baharu ini.

Alhamdulillah, sesi perjumpaan berjalan lancar dengan penerangan berkaitan zakat daripada Dr. Rosli bin Mahmud selaku, pegawai yang bertanggungjawab di Unit Zakat & Kebajikan, Pusat Islam.Rombongan MPP yang diketuai oleh saudara Mohamad Faiz Farhan bin Abdul Rahman turut mengutarakan beberapa masalah, kekeliruan yang dihadapi para mahasiswa, pandangan dan tawaran idea dan tenaga bagi memastikan kebajikan mahasiswa terpelihara.