FIQH NISA’ SIRI 2/2020

3 Julai 2020, Bilik Seminar Pusat Islam UPSI : Program Fiqh Nisa’ siri 2 bagi tahun 2020 yang dianjurkan oleh Pusat Islam UPSI
telah diadakan buat pertama kalinya semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).Pendaftaran bagi program ini telah dibuat menggunakan platform google form bagi memastikan kehadiran tidak melebihi jumlah yang dibenarkan. “Iddah dan hukum-hakam berkaitan” itulah tajuk yang dikupas oleh penceramah berkaliber iaitu Ustazah Dr. Shamsiah binti Mohamad. Beliau merupakan mantan penyelidik Kanan Isra dan juga mantan Profesor Madya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Keseluruhan peserta yang hadir menghampiri 50 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan UPSI, agensi luar dan juga masyarakat Tanjong Malim. Program ini juga bersiaran langsung di Facebook Live Pusat Islam UPSI.