Tazkirah Malam Jumaat Astro Oasis 2019

7 Disember 2019, Masjid Al-Mursyidin : Pusat Islam UPSI telah mengadakan kerjasama bersama Astro Oasis bagi menjayakan rakaman Tazkirah Malam Jumaat yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Rakaman ini turut dihadiri oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Shatar bin Sabran, Naib Canselor UPSI dan juga PPj. Kehormat (PA) Dr. Hajah Zainab binti Othman, Pendaftar UPSI. Panel jemputan bagi rakaman ini adalah Ustaz Dr. Zaharudin Abdul Rahman, Dr. Robiah K. Hamzah dan juga Amin Idris sebagai Moderator tazkirah Malam Jumaat yang tidak asing lagi yang sentiasa ditayangkan di kaca tv. Tajuk yang dipilih amat bersesuaian dengan era zaman moden ini iaitu Tabayyun vs tibaiyyun. Nantikan tayangan sebenar setiap Khamis Malam Jumaat di Astro Oasis pada jam 9 Malam. Semoga program ini berjaya memberikan kemeriahan kepada Masjid Al-Mursyidin sebagai Masjid Universiti dan mudah didekati masyarakat Tanjong Malim