BICARA ISU SEMASA SIRI 1 | ISLAM, LGBT AND HUMAN RIGHTS

21 Mac 2023, Dewan Kolej Za’ba : Bicara Isu semasa Siri 1 telah dilaksanakan anjuran Pusat Islam UPSI dengan kerjasama kolej-kolej kediaman dan 7 Persatuan Pelajar yang terlibat secara khusus. Program ini telah menampilkan Prof. Dr. Rafidah Hanim binti Mokhtar, Pensyarah Fisiologi Universiti Sains Islam Malaysia.

Program ini dihadiri oleh Pengerusi Majlis Pengetua, Prof. Madya Dr. Mohd Nizam bin Nasrifan merangkap wakil Naib Canselor UPSI. Bilangan peserta yang hadir pada program ini seramai 600 peserta dan ianya telah melebihi sasaran yang ditetapkan sekaligus menunjukkan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Program ini berakhir dengan sesi soal jawab oleh para peserta dan juga sesi fotografi. Pihak Pusat Islam UPSI mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan juga urusetia yang sentiasa bertungkus lumus bagi menjayakan program ini. Diharapkan program ini mendapat lebih sambutan pada siri yang akan datang.