CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1443H/2021 PERINGKAT UPSI

20 Oktober 2021 – Ceramah Sambutan Maulidur Rasul 1443H/2021 Peringkat UPSI telah berjaya dilaksanakan dengan menampilkan jemputan Khas Imam Muda Hassan yang merupakan Juara Imam Muda Musim Ke-2.

‘Rasulullah kami damba syafaatmu’ merupakan tajuk pilihan menjadikan perkongsian lebih menarik untuk jemaah Masjid Al-Mursyidin khusus buat Mahasiswa dan Mahasiswi UPSI yang baru sahaja kembali ke kampus bagi menjalani kelas pengajian bagi semester baharu.

Program ini berjalan lancar walaupun bermula agak lewat namun semua objektif yang dirancang dapat dicapai samada untuk peserta secara fizikal di Masjid Al-Mursyidin atau peserta yang mendengar secara langsung menerusi facebook rasmi Pusat Islam UPSI.

Semoga Program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan segala kekurangan pelaksanaan program dapat diperbaiki supaya impak program mencapai tahap maksimum.