27 Januari 2022 : Pusat Islam UPSI dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perak
(JAIPk) telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Wanita Norma Baharu. Penyertaan program ini telah dihadkan kepada 60 orang peserta diatas faktor kapasiti yang dibenarkan mengikut ruang Bilik Seminar Pusat Islam.
Kursus ini dibahagikan kepada dua slot iaitu slot teori dan praktikal. Kursus ini dikendalikan oleh Ustazah Habsah binti Mahmud, Pembantu Hal Ehwal Islam Kanan JAIPk. Kursus ini turut disiarkan secara langsung di facebook Pusat Islam UPSI bagi tujuan rujukan para peserta.
Para Peserta turut memberi respon positif kepada konsep praktikal yang dibawa oleh penceramah dengan melibatkan para peserta dalam proses penyediaan kain kafan menjadikan kursus ini lebih bermakna dan mudah diingati untuk dilaksanakan pada waktu yang diperlukan.
Pusat Islam UPSI mengucapkan jutaan terima kasih diatas penglibatan semua warga UPSI dan mengharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan pada masa akan datang untuk terus memberi manfaat kepada seluruh warga UPSI.