13 November 2021, Bilik Seminar Pusat Islam : Kursus Pengurusan Jenazah Norma baharu telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk). Program ini melibatkan khusus kakitangan dan Pelajar UPSI sahaja dan dihadkan seramai 60 orang peserta bagi menjaga pematuhan SOP untuk pelaksanaan Program.
Kursus ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Noor Hakimi bin Abdul Karim yang merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam Kanan JAIPk. Sesi pagi bermula seawal jam 8.30 pagi bagi sesi penerangan secara teori berkaitan pengurusan jenazah. Pelbagai aspek utama ditekankan bagi pengurusan jenazah khusus melibatkan rukun utama supaya ianya lebih mudah dan senang untuk dilaksanakan.
Sesi Praktikal bersambung pada jam 11.00 pagi dan dilaksanakan diruang wuduk lelaki Masjid Al-Mursyidin menggunakan peralatan pengurusan jenazah sebenar. Sesi ini bermula dari langkah pembersihan jenazah terlebih dahulu sebelum memandikan seterusnya cara-cara mengkafankan jenazah.
Program ini turut dihadiri oleh skuad pengurusan jenazah yang dikendalikan oleh Pusat Islam UPSI bagi memastikan skuad ini bersedia sepenuhnya untuk mengendalikan jenazah seterusnya mencapai objektif membantu kakitangan UPSI dalam menyelesaikan tuntutan fardhu kifayah.
Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar ilmu ini sentiasa dapat dimanfaatkan buat seluruh warga Universiti dan menjadi rujukan buat warga muallim.