27 November 2020, Masjid Al-Mursyidin : Program Al-Mursyidin Kitchen telah diadakan
pada hari jumaat lepas seperti yang telah dirancangkan bagi menyediakan makanan khusus buat Mahasiswa dan Mahasiswi UPSI yang hadir ke Masjid.Matlamat program ini bertujuan meningkatkan jemaah yang hadir ke Masjid bagi tujuan pengimarahan sekaligus mengeratkan ukhwah dengan aktiviti gotong royong memasak yang diadakan disamping mematuhi segala Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan.