28 Oktober 2020, Rabu : Program Al-Mursyidin Kitchen telah diadakan dengan kerjasama Kelab Al-Mursyidin. Matlamat program ini adalah untuk menyediakan makanan kepada mahasiswa dan mahasiswi UPSI daripada hasil sumbangan orang ramai khususnya warga UPSI sendiri.
Program ini juga bertujuan untuk mengimarahkan masjid dengan bersama-sama menunaikan Solat Fardhu Zohor secara berjemaah seusai sahaja menerima pek makanan yang telah dimasak.
Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan mendapat lebih banyak sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak terutama seluruh warga Muallim.