09 Julai 2020, Sekinchan : Pusat Islam bersama Naib Canselor UPSI Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamad Shatar bin Sabran hari ini telah menyantuni dua orang mahasiswa UPSI bersama keluarga mereka dalam Program Jejak Asnaf Siri 7.
Program Jejak Asnaf ini bertujuan membantu warga UPSI Khususnya mahasiswa yang dikategorikan sebagai asnaf yang layak menerima bantuan zakat berdasarkan syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
Penerima sumbangan zakat dalam program Jejak Asnaf Siri 7 kali ini adalah Saudara Norsyafiq bin Mohamad Ahpandi dan Saudari Aina Aqilah binti Muhammad Mustakim, kedua-duanya daripada Fakulti Sains Kemanusiaan.
Program Jejak Asnaf ini yang sebelumnya juga telah dijalankan di beberapa buah negeri lain, antaranya, Perak, Kedah, Perlis, Pahang dan Kelantan, secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan baik UPSI bersama masyarakat khususnya keluarga asnaf serta dapat membangkitkan motivasi mahasiswa UPSI untuk lebih berjaya dan cemerlang dalam pengajian mereka.
Ucapan terima Kasih dizahirkan oleh Naib Canselor kepada semua penyumbang zakat sama ada dari kalangan warga UPSI mahupun aegnsi luar, dan beliau mengharapkan lebih ramai lagi penyumbang dapat memanfaatkan ruang dan saham akhirat ini khususnya melaui Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Sedekah dan Khairat (WEZAS) UPSI yang telah ditubuhkan di UPSI yang akan beroperasi secara rasminya dalam masa terdekat.