PENYERAHAN MOCK CEK TABUNG UPSI PRIHATIN KEPADA NAIB CANSELOR UPSI

09 Jun 2020,  Majlis Penyerahan Mock Cek Tabung Amanah Sedekah Kepada Tabung UPSI Prihatin
UPSI antara universiti yang sangat prihatin terhadap kebajikan kakitangan dan pelajarnya.Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan beberapa inisiatif telah diambil untuk membantu kakitangan dan pelajar yang terkesan dengan perintah tersebut. Antaranya ialah menawarkan pinjaman tanpa faedah (Qardun Hasan) kepada kakitangan yang memerlukan bagi tujuan membeli barang keperluan sebelum perintah berkenaan  dikuatkuasakan. Seramai 67 orang kakitangan telah diluluskan bantuan tersebut dengan peruntukan sebanyak RM13,100.00.

 

Dalam masa yang sama sebanyak RM21,000.00 telah disumbangkan kepada Tabung UPSI Prihatin bagi tujuan menyediakan kemudahan makan minum kepada pelajar yang terperangkap di sekitar kampus, serta menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur kepada kakitangan yang dikuarantin didalam kampus dan sumbangan penghargaan kepada Petugas Khas Barisan Hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terlibat dalam urusan Covid 19 di UPSI.

 

Dengan kedatangan Bulan Ramadhan dan sambutan Aidilfitri, Pusat Islam meneruskan tradisi tahunan iaitu menyampaikan bantuan raya kepada kakitangan yang kurang berkemampuan. Seramai 17 kakitangan telah dipilih menerima bantuan tersebut, termasuk 4 orang kakitangan yang ditimpa musibah rumah mereka ditenggelami banjir. Sebanyak RM4,250.00 dana sedekah telah diluluskan bagi tujuan tersebut. Keseluruhan sumbangan dan bantuan ini telah melibatkan peruntukan sebanyak RM38,350.00 dana zakat dan  sedekah yang disumbangkan oleh kakitangan UPSI yang prihatin.