AL-MURSYIDIN KITCHEN DILAKSANAKAN


14 Disember 2022 : Pusat Islam UPSI dengan kerjasama Masjid Al-Mursyidin dan WEZAS

(Wakaf, Endownmen, Zakat dan Sedekah) telah berjaya melaksanakan Al-Mursyidin kitchen dengan mengagihkan makanan melalui sumbangan yang telah diberikan. Program ini juga turut mensasarkan mahasiswa dan mahasiswi untuk mengimarahkan Masjid Al-Mursyidin disamping bekerjasama bergotong royong menyediakan makanan seawal jam 8.00 pagi sebelum mula dihidang pada jam 12.30 tengahari untuk manfaat seluruh warga UPSI.

Program ini turut mendapat sumbangan tenaga daripada Kelab Al-Mursyidin, Pelajar semester 5 ISMP Pendidikan Khas, Penghuni kolej-kolej kediaman dan kakitangan UPSI yang diketuai oleh Puan Nurul Amalina binti Abdul Wahab, Kakitangan Pusat teknologi Maklumat (ICT) selaku ketua chef bagi memastikan persiapan dan juadah dapat dinikmati tepat pada masa yang ditetapkan.

Seramai 1000 pelajar telah mendapat manfaat daripada makanan yang disediakan termasuk 100 pelajar asnaf yang disenaraikan oleh WEZAS. Pusat Islam UPSI turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samada sebagai penyumbang mahupun sukarelawan gotong royong.

Semoga program berimpak seperti ini dapat memberi manfaat kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi samada dari sudut makanan, penglibatan aktiviti, dan juga pengimarahan Masjid Al-Mursyidin dalam kemenjadian kearah kecemerlangan akademik dan akhlak serta menjulang nama Universiti tercinta ini.