Al-Mursyidin Kitchen untuk Pelajar Diploma

28 Ogos 2020, Masjid Al-Mursyidin : Program Al-Mursyidin kitchen untuk pelajar diploma telah diadakan dengan kerjasama daripada Kolej Awang Had Salleh. Matlamat Program ini adalah menyediakan makanan untuk pelajar diploma daripada hasil sumbangan orang ramai khususnya warga Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Program ini bukan sahaja mengisi keperluan jasmani bahkan keperluan rohani dengan perkongsian bicara hati ke hati yang disampaikan oleh Idin Ramli, Public Figure Media Sosial. Semoga program yang baik seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan sentiasa mendapat sambutan daripada seluruh warga UPSI.