Published: Tuesday, 13 March 2018

 

Majlis Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg, Tan Sri Dato' Seri Wan Zahid bin Mohd Noordin , Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pengerusi Lembaga Pengarah, Tan Sri Dr Wan Zahid Mohd Noordin berkata, mekanisme wakaf untuk pembinaan kedua-dua projek ini merupakan satu inisiatif bagi memperkasakan peranan wakaf dalam institusi pendidikan di negara ini.

Menurutnya, penubuhan Pondok Bitara adalah mewujudkan sebuah institusi yang berteraskan pembelajaran sepanjang hayat bagi melahirkan generasi cemerlang, dinamik dan progresif sekali gus akan memberikan manfaat besar kepada masyarakat khususnya rakyat negeri Perak.

“Akademik Pendidikan Upsi pula berperanan untuk menjadi sekolah cemerlang dalam pembangunan insan melalui persekitaran pembelajaran berteraskan budaya penyelidikan.

“Dengan matlamat pendidikan untuk menjadi sebuah sekolah contoh yang komited kepada amalan pengajaran dan pembelajaran terbaik, sistematik dan futuristik bermula pada tahap rendah hingga menengah,” katanya kepada Sinar Harian.

Wan Zahid berkata, usaha penubuhan dana wakaf itu adalah inisiatif dan inovasi baharu dalam usaha universiti untuk memperoleh pendapatan alternatif bagi pembangunan pusat-pusat pengajian di universiti ini.

Katanya, pembinaan untuk keduadua projek tersebut dijangka akan bermula pada tahun 2020.

Menurutnya, usaha ini juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan peranan wakaf dan endowment untuk penjanaan kewangan universiti.

“Pihak universiti juga berterima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk), Datuk Dr Amirrudin Muhamed yang bersedia melantik Upsi sebagai mutawalli wakaf yang pertama di negeri Perak,” katanya.


IMG 7505

IMG 7544
IMG 7560

Hits: 636