• Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • color1 color
  • color2 color
  • color3 color

Articles

KEMBARA SYAHADAH 2015

Selasa 24 November 2015 - Bertempat di Dewan Konvensyen Bangunan E-Learning Kampus Sultan Azlan Shah, Pusat Islam menganjur Program Kembara Syahadah bersama Ustaz Fadli Bin Yusof.
"Saya mengalu-alukan jika ingin ikuti misi dakwah ini, tetapi misi ini bukan mudah dan berbahaya. Perlu sanggup bersabar terutama karenah manusia, lebih-lebih lagi jika mereka telah menjadi saudara kita yang perangainya berbagai.    Perlu sanggup susah, juga sanggup berkorban mengutamakan orang lain. Perlu korban keselesaan, makan minum apa sahaja asal halal, tempat tidur yang tidak menentu. Kadangkala terpaksa berlapar lebih dari keadaan berpuasa. Mesti berani menempuh jalan-jalan berbukit bukau serta berhutan. Ditambah lagi dengan gaung yang dalam. Kemudian kena berani dengan sungai yang deras arusnya. Kadangkala menuruni jeram, lebih banyak mendaki jeram dengan perahu. Jika air sungai cetek kerana kemarau, terpaksa meranduk air sambil menanggung perahu. Perjalanan berterusan tanpa rehat yang cukup memang sangat memenatkan. Sering kita terpaksa perlahankan rentak perjalanan agar anggota misi dapat mengikutinya tanpa masalah.
Ketika mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman, Rasulullah SAW berpesan kepada beliau yang bermaksud: "Ajaklah mereka bersyahadah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya aku adalah utusan Allah, jika mereka mentaatinya maka hendaklah engkau memberitahu mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka solat lima waktu sehari semalam. Maka jika mereka mentaatinya, hendaklah engkau memberitahu mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka zakat yang diambil daripada orang kaya dan dikembalikan kepada orang miskin dalam kalangan mereka." (Al-Bukhari)
Dengan izin Allah, didorong-Nya kami selama lebih setahun untuk berdakwah di Sabah, khususnya di kawasan pedalaman Pensiangan. Setelah berdakwah, Allah turunkan hidayah-Nya kepada hamba-hamba-Nya di sana. Telah kami usaha ikuti sabda Nabi, ajar syahadah, ajar solat lima waktu, ajar mereka berpuasa, lalu mereka mentaatiya. Kini tiba masanya mengajar dan menganjur agar mereka berzakat sekadar mampu. Moga Allah permudahkan urusan ini.
Dakwah adalah kewajipan, mengikut sebuah sabda Nabi, "sampaikanlah dari aku walau satu ayat." Menyedarkan manusia agar Allah disembah, sampaikan seruan Ilahi dari hati, bukan hobi, bukan cari rezeki.
Seruan itu rasakan dahulu di dalam hati, buktikan dengan amalan, bukan sekadar aqli, bukan sekadar lisan, kerana besar kemarahan Tuhan, jika bercakap tidak diamalkan.
Bercakap dari hati akan jatuh ke hati, manusia berubah dan ada barakah. Sedang jika bercakap dari lidah akan jatuh ke lidah jua. Orang puji, orang mahu dengar lagi...tetapi tidak berubah.

Rasulullah SAW telah membangunkan Islam dengan dakwah, tarbiah dan hijrah. Sayidina Abu Bakar, Umar, Usman dan Abdul Rahman Auf dengan harta mereka. Sayidina Hamzah dan sebahagian sahabat dengan darah. Seluruh sahabat dan tabi’in dengan mujahadah. Hasilnya Islam subur bak bunga di taman sewaktu pagi, tamannya indah berseri-seri. Berduyun-duyun manusia ke sana menghibur hati.

Wahai umat Islam, kita suburkan Islam dengan apa?"

IMG 9062 IMG 9090 

IMG 9094 IMG 9106

 

 

Today

الثلاثاء 3 صفر 1439

Tuesday October 24 2017

Hadis

Dari Jabir dan Abi Said,Rasulullah S.A.W bersabda:
"Awaslah daripada mengumpat,kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina.Sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat.Maka diterima ALlah S.W.T akan taubatnya.Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat,tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu."

--------------------------------------

 

عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ، "اتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ"  - رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح

 

Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah ra dan Abu Abdurrahman Mu’adz bin Jabal ra menerangkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, ‘Bertakwalah kepada Allah dimanapun kamu berada. Dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan , niscaya kebaikan itu akan menghapusnya. Dan pergaulihah manusia dengan akhak terpuji.’ (HR. Turmudzi dan ia berkata, ‘Ini adalah hadits 

--------------------------------------

JOM IMARAH MASJID

” Demi keagungan dan kemuliaan-Ku, sesungguhnya Aku ingin menurunkan azab kepada penduduk suatu kampung, lalu apabila Aku melihat orang-orang yang mengimarahkan masjid, orang yang cintai-mencintai kerana-Ku, dan orang-orang yang meminta ampun di waktu malam maka Aku menjauhkan azab daripada mereka”.
(Lihat tafsir Ibnu Katsir dalam menafsirkan surah At-Taubah ayat 18)

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka.”

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها؟ قال قولي: (اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى) رواه الترمذي، وقال: حديث حسن صحيح. Dari Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a kepada Rasulullah s.a.w. : “Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadar, do’a apakah yang aku baca pada malam tersebut? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bacalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku" Riwayat At-Tarmiz

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Bab Doa di malam Lailatul Qadar عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها؟ قال قولي: (اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى) رواه الترمذي، وقال: حديث حسن صحيح. Dari Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a kepada Rasulullah s.a.w. : “Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadar, do’a apakah yang aku baca pada malam tersebut? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bacalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku" Riwayat At-Tarmizi

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

logo jakim pautan  upsi logofacebook-png

Kemaskini terakhir 12-01-2015 © Hakcipta 2015 Universiti Pendidikan Sultan Idris
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768 
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan | Tel :015-48117544 | Faks : 015-48117292
| Emel :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  | Webmaster :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  ()
Dasar Privasi Dasar Keselamatan | Penafian W3C Disability Access
Soalan Lazim | Fakta | Peta Laman | Transaksi Perkhidmatan Online 2014 | Bantuan