• Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • color1 color
  • color2 color
  • color3 color

PEMBONGKARAN ISU LGBT DI MALAYSIA

20 OKTOBER 2016 KHAMIS : Bertempat di Dewan Sri Tanjong Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pusat Islam telah mengambil inisiatif membentangkan Isu Semasa yang menjadi viral sejak kebelakangan ini. Pembongkaran Isu LGBT di Malaysia telah di berikan pencerahan oleh Dr.Mohd Izwan B.Md Yusof Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial Dan Komuniti Islam, Jakim.

Gejala LGBT tidak asing lagi berlaku dalam kalangan remaja pada hari ini. Gejala ini dilihat semakin meningkat dan bertambah dari semasa ke semasa yang melibatkan golongan remaja di peringkat IPTA khususnya. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu untuk menyelesaikan permasalahan ini agar tidak menjadi semakin serius. Garis panduan ini sangat penting bagi ibu bapa terutamanya bagi mengenalpasti yang terdapat pada anaknya dan ini dapat mengelakkan daripada remaja itu atau anak mereka terjerumus dengan lebih serius, terutamanya jika mereka berada diperingkat persekolahan

Draf program LGBT

14706982 1182928885162680 772149835426105464 o  14714942 1182931755162393 3253795862410724235 o

14567520 1182932501828985 8582403281751295994 o  14711454 1182932685162300 5762934103912443358 o

Sejak akhir-akhir ini, gejala berkaitan isu cinta dan hubungan sejenis menjadi semakin ketara dalam kelompok masyarakat di negara ini. Ia sering menimbulkan pelbagai reaksi anggota masyarakat, malah menjadi punca kepada konflik sesama mereka. Hakikatnya, telah wujud sekelompok anggota masyarakat yang secara terang-terangan telah menerima dan mengakui diri mereka sebagai pengamal kepada aktiviti ini yang lebih dikenali sebagai lesbian, gay, biseksual dan transgender atau LGBT. Dalam menangani gejala ini, sudah pasti wujud di kalangan masyarakat yang membantah, mahupun yang menyokongnya, atau tidak berpihak kepada mana-mana puak. Namun bagi masyarakat yang berpegang kuat kepada ajaran agama, malah juga bagi kebanyakan mereka yang berpegang kepada nilai-nilai murni adat resam kehidupan, sudah pasti menolaknya dan melihat ia sebagai satu gejala yang tidak bermoral, menentang ajaran agama, dan menyalahi aturan fitrah dan tabi’i.

Agama Islam sudah jelas dan nyata dalam ajaran dan pendiriannya terhadap isu ini. Apa yang amat malang, terdapat semakin ramai umat Islam yang terlibat dalam gejala ini, malah tanpa segan serta bangga menjadi sebahagian dari kumpulan ini. Manakala bagi masyarakat yang majoriti datang dari dunia Barat dan negara yang telah lama maju, aktiviti LGBT dilihat bukanlah sebagai satu gejala atau penyakit, malah menjadi kesalahan pula jika menganggapnya sebagai satu gejala atau penyakit. Dalam masyarakat ini, aktiviti dan kehidupan LGBT merupakan satu pilihan peribadi. Pilihan ini perlu diiktiraf dan disokong oleh semua ahli masyarakat walau di mana mereka berada sebagai satu hak peribadi individu terbabit. Sebarang penolakan atau bantahan merupakan penafian terhadap hak asasi mereka yang mana akhirnya dilihat melanggar piagam Hak Asasi Manusia Sejagat. Sesuatu yang janggal juga di mana kumpulan yang membantah ini pula yang sebaliknya akan terus dicerca dan dipulaukan secara besar-besaran dan menerima tekanan demi tekanan dari kumpulan tertentu sehingga ke peringkat global.

 

 

Today

الخميس 28 شعبان 1438

Thursday May 25 2017

Hadis

Dari Jabir dan Abi Said,Rasulullah S.A.W bersabda:
"Awaslah daripada mengumpat,kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina.Sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat.Maka diterima ALlah S.W.T akan taubatnya.Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat,tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu."

--------------------------------------

 

عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ، "اتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ"  - رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح

 

Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah ra dan Abu Abdurrahman Mu’adz bin Jabal ra menerangkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, ‘Bertakwalah kepada Allah dimanapun kamu berada. Dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan , niscaya kebaikan itu akan menghapusnya. Dan pergaulihah manusia dengan akhak terpuji.’ (HR. Turmudzi dan ia berkata, ‘Ini adalah hadits 

--------------------------------------

JOM IMARAH MASJID

” Demi keagungan dan kemuliaan-Ku, sesungguhnya Aku ingin menurunkan azab kepada penduduk suatu kampung, lalu apabila Aku melihat orang-orang yang mengimarahkan masjid, orang yang cintai-mencintai kerana-Ku, dan orang-orang yang meminta ampun di waktu malam maka Aku menjauhkan azab daripada mereka”.
(Lihat tafsir Ibnu Katsir dalam menafsirkan surah At-Taubah ayat 18)

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka.”

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها؟ قال قولي: (اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى) رواه الترمذي، وقال: حديث حسن صحيح. Dari Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a kepada Rasulullah s.a.w. : “Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadar, do’a apakah yang aku baca pada malam tersebut? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bacalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku" Riwayat At-Tarmiz

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Bab Doa di malam Lailatul Qadar عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها؟ قال قولي: (اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى) رواه الترمذي، وقال: حديث حسن صحيح. Dari Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a kepada Rasulullah s.a.w. : “Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadar, do’a apakah yang aku baca pada malam tersebut? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bacalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku" Riwayat At-Tarmizi

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

logo jakim pautan  upsi logofacebook-png

Kemaskini terakhir 12-01-2015 © Hakcipta 2015 Universiti Pendidikan Sultan Idris
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768 
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan | Tel :015-48117544 | Faks : 015-48117292
| Emel :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  | Webmaster :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  ()
Dasar Privasi Dasar Keselamatan | Penafian W3C Disability Access
Soalan Lazim | Fakta | Peta Laman | Transaksi Perkhidmatan Online 2014 | Bantuan