• Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • color1 color
  • color2 color
  • color3 color

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1438

6 Oktober 2016 bersamaan 5 Muharam 1438h - Bertempat di Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, telah berlangsung Sambutan Awal Muharam peringkat universiti. Ustaz Abdul Halim Din telah diundang bagi memberikan pencerahan "Hijrahkah Kita Ke Arah Redha Allah Swt?".

Tema Tahun 2016 - "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"

“Apa yang pasti, kejayaan membangunkan sesebuah negara yang memiliki kepelbagaian bangsa dan agama seperti negara kita memerlukan penyertaan dan komitmen daripada seluruh lapisan rakyat.”

Sambutan-Awal-Muharam

IMG 1783    IMG-20161006-WA0021

Setiap tahun apabila bertukarnya tahun samada kalender Islam mahupun konvensional, setiap individu tidak kira gender dan peringkat umur, sudah pastinya menanamkan di hati sanubari mereka dengan azam dan cita-cita. 

Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya meletakkan kedua-duanya sekali iaitu duniawi dan juga ukhrawi. Keduanya itu saling berkaitan. Dunia ini adalah tempat untuk kita bercucuk tanam dan hasil akan hanya dapat dinikmati sepenuhnya di akhirat nanti. Oleh itu, untuk menambahbaikan  azam dan cita-cita, adalah amat sesuai sekali untuk kita berfikir sejenak sejauh mana kita mempersiapkan diri untuk menghadapi Sakratulmaut yang akan hadir pada bila-bila masa untuk menjemput kita ke alam barzah. Sesungguhnya ALLAH tidak akan mempercepat atau melambatkan walaupun sesaat pun akan kematian setiap insan di dunia ini.

Sebagai renungan bersama, marilah kita bermuhasabah diri kita dengan persoalan sejauh mana kita dapat melapangkan masa untuk beribadah dan bermunajat kepada ALLAH serta mempraktikan amal ma’aruf nahi mungkar  supaya kita benar-benar dapat menjadi seorang yang bertaqwa dan beriman pada tahun baru ini.

WalLahHua’Allam …..

 

 

Today

السبت 29 رمضان 1438

Saturday June 24 2017

Hadis

Dari Jabir dan Abi Said,Rasulullah S.A.W bersabda:
"Awaslah daripada mengumpat,kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina.Sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat.Maka diterima ALlah S.W.T akan taubatnya.Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat,tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu."

--------------------------------------

 

عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ، "اتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ"  - رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح

 

Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah ra dan Abu Abdurrahman Mu’adz bin Jabal ra menerangkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, ‘Bertakwalah kepada Allah dimanapun kamu berada. Dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan , niscaya kebaikan itu akan menghapusnya. Dan pergaulihah manusia dengan akhak terpuji.’ (HR. Turmudzi dan ia berkata, ‘Ini adalah hadits 

--------------------------------------

JOM IMARAH MASJID

” Demi keagungan dan kemuliaan-Ku, sesungguhnya Aku ingin menurunkan azab kepada penduduk suatu kampung, lalu apabila Aku melihat orang-orang yang mengimarahkan masjid, orang yang cintai-mencintai kerana-Ku, dan orang-orang yang meminta ampun di waktu malam maka Aku menjauhkan azab daripada mereka”.
(Lihat tafsir Ibnu Katsir dalam menafsirkan surah At-Taubah ayat 18)

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka.”

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها؟ قال قولي: (اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى) رواه الترمذي، وقال: حديث حسن صحيح. Dari Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a kepada Rasulullah s.a.w. : “Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadar, do’a apakah yang aku baca pada malam tersebut? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bacalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku" Riwayat At-Tarmiz

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Bab Doa di malam Lailatul Qadar عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها؟ قال قولي: (اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى) رواه الترمذي، وقال: حديث حسن صحيح. Dari Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a kepada Rasulullah s.a.w. : “Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadar, do’a apakah yang aku baca pada malam tersebut? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bacalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku" Riwayat At-Tarmizi

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

logo jakim pautan  upsi logofacebook-png

Kemaskini terakhir 12-01-2015 © Hakcipta 2015 Universiti Pendidikan Sultan Idris
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768 
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan | Tel :015-48117544 | Faks : 015-48117292
| Emel :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  | Webmaster :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  ()
Dasar Privasi Dasar Keselamatan | Penafian W3C Disability Access
Soalan Lazim | Fakta | Peta Laman | Transaksi Perkhidmatan Online 2014 | Bantuan