• Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • color1 color
  • color2 color
  • color3 color

DELIMA VAKSIN "HALAL@HARAM PADA PERSPEKTIF ISLAM"

25 OGOS 2016 - KHAMIS - Bertempat di Aras 5 Bangunan E-Learning telah berlangsung forum isu semasa yang selalu di perkatakan oleh ibubapa muda zaman sekarang yang menolak mentah-mentah vaksin pada anak-anak. Pihak Pusat Islam mengambil peluang ini mengundang Pengawai Perubatan Senior Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd Y.Bhg. Dr. Zawawi Haji Ahmad dan Y.Bhg. Sahibus Samahah Dr. Haji Anhar Opir Timbalan Mufti Negeri Selangor.

14088452 1123357354453167 7736466416230558172 n

14115553 1128645333924369 4383348526719188071 o  14115572 1128636990591870 3602470972180508771 o  14188457 1128637823925120 337466451834037457 o

14206126 1128638143925088 8023469140129958521 o  14115406 1128647637257472 1977062040408063882 o  IMG 0929

Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Pada hari ini, kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi; iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan. Ia menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan.

Sebagai kesimpulan bahawa jika penduduk sesebuah negara tidak diberikan suntikan vaksin, semakin tinggilah kebarangkalian untuk ramai bayi yang berumur satu tahun ke bawah meninggal dunia.

Walaupun dalam negara kita kebanyakan anak-anak kita telah disuntik dengan vaksin ((95%), dan boleh dikatakan bahawa ‘hampir mustahil’ anak-anak kita dijangkiti virus ini, tetapi penyebaran semula penyakit-penyakit ini di Malaysia telah mula berlaku jika ramai apabila kita kebanjiran pendatang asing yang membawa penykit-penyakit itu tanpa disedari oleh sesiapa, boleh saja menjangkiti anak kita yang tidak dilindungi oleh vaksin.

Fenomena ‘ibubapa enggan memberikan suntikan vaksin kepada anak-anak mereka di klinik-klinik’ adalah amat membimbangkan. Perbuatan ini bukan sahaja berbahaya kepada bayi mereka tetapi boleh mengujudkan kelompok-kelompok yang bakal menjadi punca epidemik bagi jangkitan penyakit-penyakit itu.

Di dalam Islam penjagaan terhadap lima (5) perkara utama yang terkandung dalam Maqasid Syar’iyyah iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta adalah amat dituntut. Penjagaan dan pemeliharaan syariat terhadap lima (5) kriteria asas tersebut merupakan satu perkara yang sangat penting dalam penentuan Syariat Islam.
Kesihatan individu dan masyarakat adalah antara tuntutan agama dan kehidupan, di mana ia akan memberi manfaat dan kemaslahatan kepada kehidupan seluruh umat manusia. Oleh itu, tindakan pencegahan daripada perkara-perkara yang boleh memudharatkan kesihatan dan nyawa manusia adalah amat dituntut oleh Islam.

Today

الجمعة 5 ربيع الأوّل 1439

Friday November 24 2017

Hadis

Dari Jabir dan Abi Said,Rasulullah S.A.W bersabda:
"Awaslah daripada mengumpat,kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina.Sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat.Maka diterima ALlah S.W.T akan taubatnya.Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat,tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu."

--------------------------------------

 

عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ، "اتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ"  - رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح

 

Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah ra dan Abu Abdurrahman Mu’adz bin Jabal ra menerangkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, ‘Bertakwalah kepada Allah dimanapun kamu berada. Dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan , niscaya kebaikan itu akan menghapusnya. Dan pergaulihah manusia dengan akhak terpuji.’ (HR. Turmudzi dan ia berkata, ‘Ini adalah hadits 

--------------------------------------

JOM IMARAH MASJID

” Demi keagungan dan kemuliaan-Ku, sesungguhnya Aku ingin menurunkan azab kepada penduduk suatu kampung, lalu apabila Aku melihat orang-orang yang mengimarahkan masjid, orang yang cintai-mencintai kerana-Ku, dan orang-orang yang meminta ampun di waktu malam maka Aku menjauhkan azab daripada mereka”.
(Lihat tafsir Ibnu Katsir dalam menafsirkan surah At-Taubah ayat 18)

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka.”

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها؟ قال قولي: (اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى) رواه الترمذي، وقال: حديث حسن صحيح. Dari Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a kepada Rasulullah s.a.w. : “Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadar, do’a apakah yang aku baca pada malam tersebut? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bacalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku" Riwayat At-Tarmiz

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Bab Doa di malam Lailatul Qadar عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها؟ قال قولي: (اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى) رواه الترمذي، وقال: حديث حسن صحيح. Dari Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a kepada Rasulullah s.a.w. : “Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadar, do’a apakah yang aku baca pada malam tersebut? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bacalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku" Riwayat At-Tarmizi

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

logo jakim pautan  upsi logofacebook-png

Kemaskini terakhir 12-01-2015 © Hakcipta 2015 Universiti Pendidikan Sultan Idris
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768 
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan | Tel :015-48117544 | Faks : 015-48117292
| Emel :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  | Webmaster :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  ()
Dasar Privasi Dasar Keselamatan | Penafian W3C Disability Access
Soalan Lazim | Fakta | Peta Laman | Transaksi Perkhidmatan Online 2014 | Bantuan