• Decrease font size
  • Default font size
  • Increase font size
  • default color
  • color1 color
  • color2 color
  • color3 color

PROGRAM IBADAH KORBAN DAN AQIQAH PERDANA 2015

24 SEPT 2015 bersamaan 10 ZULHIJJAH 1436, PUSAT ISLAM dengan kerjasama MASJID AL-MURSYIDIN UPSI, telah melaksanakan ibadah korban dan aqiqah perdana. Acara penyembelihan yang pertama dilaksanakan oleh Pengarah Pusat Islam Dr.Mohd Abdul Nasir Bin Abd Latif dan beberapa orang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam serta Pegawai-pegawai Hal Ehwal Pusat Islam. Penyembelihan sepuluh ekor lembu berjalan dengan baik dan tersusun atas bantuan dari kakitangan UPSI, manakala kaum wanita pula, mempersiapkan bahan-bahan untuk dimasak sebagai juadah makan tengahari. Pengagihan daging korban pula di laksanakan oleh isteri Naib Canselor UPSI. Majlis telah berakhir jam empat petang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan dan keluarga yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

 

12053363 1473080983021883 791211821 n   12033500 1473081023021879 1451211613 n  11998516 1473081226355192 1341922794 n 

 12053392 1473081039688544 2096976101 n  12064001 1473081029688545 711806483 n  12047437 1473081249688523 1747929280 n                                                                                                                                                                                                                        

Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.
Ibadah Korban juga sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seorang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesediaan hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang tercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.


Today

الإثنين 22 ربيع الأوّل 1439

Monday December 11 2017

Hadis

Dari Jabir dan Abi Said,Rasulullah S.A.W bersabda:
"Awaslah daripada mengumpat,kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina.Sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat.Maka diterima ALlah S.W.T akan taubatnya.Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat,tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpatnya itu."

--------------------------------------

 

عَنْ أَبِي ذَرّ جُنْدُبْ بْنِ جُنَادَةَ وَأَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ مُعَاذ بْن جَبَلٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ، "اتَّقِ اللهَ حَيْثُمَا كُنْتَ، وَأَتْبِعِ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ"  - رواه الترمذي وقال حديث حسن وفي بعض النسخ حسن صحيح

 

Dari Abu Dzar Jundub bin Junadah ra dan Abu Abdurrahman Mu’adz bin Jabal ra menerangkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, ‘Bertakwalah kepada Allah dimanapun kamu berada. Dan ikutilah kejelekan dengan kebaikan , niscaya kebaikan itu akan menghapusnya. Dan pergaulihah manusia dengan akhak terpuji.’ (HR. Turmudzi dan ia berkata, ‘Ini adalah hadits 

--------------------------------------

JOM IMARAH MASJID

” Demi keagungan dan kemuliaan-Ku, sesungguhnya Aku ingin menurunkan azab kepada penduduk suatu kampung, lalu apabila Aku melihat orang-orang yang mengimarahkan masjid, orang yang cintai-mencintai kerana-Ku, dan orang-orang yang meminta ampun di waktu malam maka Aku menjauhkan azab daripada mereka”.
(Lihat tafsir Ibnu Katsir dalam menafsirkan surah At-Taubah ayat 18)

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa berdusta atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempatnya di neraka.”

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها؟ قال قولي: (اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى) رواه الترمذي، وقال: حديث حسن صحيح. Dari Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a kepada Rasulullah s.a.w. : “Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadar, do’a apakah yang aku baca pada malam tersebut? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bacalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku" Riwayat At-Tarmiz

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Bab Doa di malam Lailatul Qadar عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها؟ قال قولي: (اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، وَاعْفُ عَنّى) رواه الترمذي، وقال: حديث حسن صحيح. Dari Ummul Mukminin ‘Aisyah r.a kepada Rasulullah s.a.w. : “Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadar, do’a apakah yang aku baca pada malam tersebut? Rasulullah s.a.w. menjawab: “Bacalah: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku" Riwayat At-Tarmizi

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

logo jakim pautan  upsi logofacebook-png

Kemaskini terakhir 12-01-2015 © Hakcipta 2015 Universiti Pendidikan Sultan Idris
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox Versi 3+ dan Microsoft Internet Explorer Versi 8+ dengan resolusi skrin 1024 x 768 
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan | Tel :015-48117544 | Faks : 015-48117292
| Emel :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  | Webmaster :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  ()
Dasar Privasi Dasar Keselamatan | Penafian W3C Disability Access
Soalan Lazim | Fakta | Peta Laman | Transaksi Perkhidmatan Online 2014 | Bantuan