Ceramah Maulidur Rasul Peringkat UPSI

05 November 2020, Khamis : Ceramah Maulidur Rasul Peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris telah diadakan di Masjid Al-Mursyidin. Semua peserta yang hadir diwajibkan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan seperti mendaftarkan nama, mengimbas suhu, sentiasa memakai face mask dan menjaga penjarakan sosial.Panel jemputan pada program ini merupakan Perunding Motivasi dan Ahli Panel Stesen TV yang tidak asing dalam kalangan kita, iaitu Ustaz Zulramli M. Razali. Beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk Perjuangan Agong Rasulullah s.a.w membangun ummah dunia dan akhirat.

Program ini juga turut bekerjasama bersama Bahagian Komunikasi Korporat dan Unit Integriti bagi melaksanakan Pelancaran Hari Integriti. Pembukaan majlis ini dimulai dengan tayangan Ucapan Naib Canselor dan video montaj berkaitan Integriti yang perlu dipatuhi oleh semua Kakitangan UPSI. Diharapkan jalinan kerjasama yang baik seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kelangsungan dakwah kepada semua.