Gotong Royong Memasak dan Edaran Bubur Asyura

10 September 2020, Khamis : Program Gotong Royong Memasak dan Edaran bubur Asyura telah diadakan dengan kerjasama daripada Persatuan Kakitangan yang terdiri daripada Persatuan Kakitangan Akademik UPSI (PEKA), Kesatuan Pegawai Am (KPA), Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas UPSI (PRESTASI), serta Persatuan Wanita UPSI (PEWARIS).

Program ini juga mendapat kerjasama daripada Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV) iaitu Chef Anuar yang mengetuai gotong royong memasak yang turut dibantu oleh beberapa orang  Pelajar Diploma Kolej Awang Had Salleh. Edaran bubur Asyura ini turut diagihkan di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah dan Kampus Sultan Azlan Shah mulai jam 4.45 petang kepada Kakitangan yang mulai beredar pulang ke rumah pada  jam 5.00 Petang.

Program ini mendapat sokongan pelbagai pihak dan dicadangkan menjadi acara tahunan supaya amalan gotong royong dapat dipupuk semula disampingkan mengeratkan ukhwah persaudaraan dikalangan kakitangan UPSI.