Program Fiqh Nisa’ Siri 4/2020

27 Ogos 2020, Khamis : Program Fiqh Nisa’ Siri 4/2020 telah diadakan di Bilik E-Learning Aras 1, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Panel jemputan merupakan penceramah selebriti yang sering muncul di kaca televisyen iaitu Ustazah Isfadiah binti Mohd. Dasuki. Tajuk Perbincangan yang dipilih mempunyai kaitan diantara sambutan Awal Muharram dengan wanita iaitu Hijrah Wanita.

Kehadiran bagi program ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana terdapat penyertaan daripada agensi luar yang bekerja di kawasan sekitar Tanjung Malim. Walaubagaimanapun, pihak penganjur tetap menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi peserta seperti Pendaftaran nama, penjarakan sosial dan juga pemakaian pelitup hidung dan Muka.

Semoga program Fiqh Nisa’ ini terus konsisten dilaksanakan oleh Pusat Islam UPSI dalam merungkai segala permasalahan yang melibatkan kemusykilan berkaitan hal ehwal wanita.