Program Fiqh Nisa’ Siri 3/2020

24 Julai 2020, Jumaat : Program Fiqh Nisa’ Siri 3/2020 telah dianjurkan oleh Pusat Islam UPSI dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi penganjuran ceramah.

Program ini disampaikan oleh Ustazah Junaidah bt. Juni yang merupakan Guru Tauliah dan Guru Dakwah Jabatan Agama Islam Perak. Tajuk yang dikupas khusus berkaitan wanita bermusafir atau dikenali sebagai سفر مرأة.

Kehadiran peserta didaftarkan menggunakan platform google form bagi memastikan tidak melebihi had yang dibenarkan untuk penjarakan sosial. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan Pusat Islam UPSI diberi kekuatan untuk kekal istiqamah.